Tuesday, July 30, 2013

Segarkan Hati Sepanjang Puasa.

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalammualaikum.....

Dah Ramadhan yang ke 21 ni...mcm mne ibadah puasa u all??
ok ke?? harap2 masih di tahap Excellent laa ye...heehhee

Ramadhan ialah bulan yang penuh dengan keberkatan. Ia juga dikenali sebagai bulan kemuliaan, rezeki, keberuntungan dan dilipatgandakan pahala...
Ramadhan juga ialah media untuk mengubah status ketakwaan menjadi kemuliaan.

  "Rmadhan saatnya kita berlumba dalam melaksanakan amal soleh kerana balasannya akan dilipatgandakan. Tetapi barang siapa yang terhalang mendapatkan kebaikan pada bulan ini, maka sungguh rugilah ia." (Hr. Imam Ahmad)

Banyak keberuntungan berpuasa pada bulan Ramadhan..

Pertama, pada bulan ni diperintahkan untuk melaksanakan puasa. Puasa bukanlah semata-mata menahan lapar dan haus secara fizikal, tetapi menghindar diri kita daripada kegiataan yang tidap bermanfaat.
Inti daripada ibadah puasa ini adalah 'al-imsak' atau 'menahan dan mengendalikan diri'.
Ibadah puasa ini langsung terkait antara diri kita dengan Allah SWT.
Jika ibadah ni dilakukan dengan bersungguh-sungguh, maka akan terjadi perubahan yang signifikan dalan perilaku kita. Maka sebaiknya manfaatkan Ramadhan ini sebagai waktu bermunajat kepada Allah SWT.

Kedua, bulan Ramadhan bulan mujahadah atau bulan bersungguh-sungguh. Kita lakukan perbuatan jujur, mengendalikan diri, bangun malam, puasa, solat berjemaah dan lain2 dengan penuh kesungguhan, maka kita dapat mengundanghidayah dan cinta Allah SWT.

  "....dan orang2 yang berjihad untuk (mencari keredaan) Kami, benar2 akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan2 Kami. Dan sesungguhnya Allah benar2 berserta orang2 yang berbuat baik." (29:69)

Ketiga, Ramadhan ialah bulan doa. Hal ini sesuai dengan ayat 186 dalam surah Al-Baqarah. Dalam bulan ini tidak ada doa yang tidak dikabulkan oleh Allah SWT, selama doa tersebut baik.
Dan dalam hadis, dikatakan bahawa ada 3 doa orang yang tidak pernah tertolak:
1. Doa orang yang berpuasa,
2. Doa orang ynag melakukan perjalanan, dan
3. Doa orang yang mengerjakan haji.

Keempat, Ramadhan ialah bualan rahmat. Pada 10 hari kedua ialah ampunan dan 10 hari terakhir ialah pembebasan daripada api neraka.

So kawan2...jom kite rebut ganjaran yang ada di bulan puasa ni daripada dok sebok rebut diskaun baju raya...hehehhe

selamat beramal.....

thanks for view my blog...





Love,
Hazel Erika

Thursday, June 27, 2013

Jom Berzikir.....

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalammualaikum....


Pagi ni korang semua dah berzikir tak?
Jom kita luangkan masa hanya paling kurang untuk 5minit je untuk kita berzikir memuji Allah SWT tanda kita rasa bersyukur kepada-Nya...

Bersyukur kerana ape???
Kerana pagi tadi, masa nak bangun solat Subuh, kita dapat rasakan jantung kita masih berdenyut, dan kita masih bernafas...
Alhamdulillah...
Allah masih bagi kita peluang untuk kita teruskan hidup....

Terima kasih Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim....

So, apa laa salahnye kalau kita spend sikit je waktu yang ada untuk berzikir sekejap...
Waktu yang kita spend tu tak ternilai dengan nyawa pemberian Allah ni...

Jom kita sebut sama2....

Subhanallah Walhamdulillah Wala 'ilaha illah Waallahu Akbar 

maksudnya: Maha suci Allah, segala puji bagi Allah, tiada Tuhan melainkan Allah dan Allah Tuhan Yang Maha Besar.

Diriwayatkan daripada Samurah Ibn Jundah r.a. : Rasulullah s.a.w bersabda;

   "Zikir-zikir yang paling dekat di sisi Allah adalah empat, iaitu tasbih, takbir, tahmid dan tahlil, tidak berbeza yang mana aturannya apabila engkau berzikrullah." (Riwayat Muslim)

Lakukannya setiap hari dan tak perlu ambil masa yang lama...
5minit pon dah cukup untuk menambahkan pahala dan amalan kita....
Semoga dijadikan bekalan kita di Akhirat nanti...InsyaAllah....


Ok friends...jangan lupe...
Do it everyday..... :)
Salam jumaat untuk semua.....

Thanks for view my blog...




Love,
Hazel Erika




Selamat Petang.......

Bismillahirrahmanirrahim,
Assalammualaikum.....


Fuhh dah petang bru sebok nk berblog...hehhee
Tadi busy ngan paper work..
After that sebok tengok blog orang lain,
now baru ada masa nak buka blog sendiri...hehehe
Jangan marah haaaa.....

Well, i memang suka membaca..
tak kisah, sumber dari bahan bacaan yang macam mana sekali pon...

Even though if i baca newspaper pon, i will read every single page!
Chop! Chop!
Bukan nak belagak k..
But that is me... :)

And di alam cyber sendiri pon i ada beberapa blog favorite i sendri...
Which is, blog ni bukan saja bagi info-info terkini,
sama ada di dalam or luar negara, tapi cara penulisan gaya penyampaian admin sendiri kadang-kadang buat i rase tercuit hati...wahhh gituuu...
hahahahahaha

Bukan tu je, setiap blog ada pengikut masing2...
Sebab i bukan saja hanya baca artikel, tapi dengan komen-komen skali i bace...
Kadang-kadang tu, i pon join komen sekali...hehehe

Tapi bagi diri i sendiri, kalau tak ada orang komen blog i pon tak pe...
for me (my own blog),
As long as there are readers, is enough for make me happy and appreciate so much!!
huhuhu

Thanks to all the readers!!
Love u so much...
Ade ke??? hahahhahaa

Ok la guys, is almost 6.pm..
I have to get ready utk balik! hehehhee
kalau tang nak balik tu, cepat je mengemas...hahahaha

Hari ni azrin kate nak tidur umah pj, huhuhu happy nye...
Esok senang nak pegi keje...
Tapi kesian plak kat dia nak pegi keje ke klang sana...:/

Tak pe la, as a husband, dia kena hadapi semua rintangan yang mendatang...huhuu

Ok laa...hehhehe melalut pulak...

Thanks guys for view my blog....:)




Love,
Hazel Erika

Tuesday, June 25, 2013

Jenis-jenis manusia yang wujud time jerebu!

Assalammualaikum....
Yuhuu..jom begelak ketawa di petang hari...hehehe

Jenis2 manusia yg wujud time jerebu dan tanda tandanya :

 
1) Camwhore : Pakai topeng jerebu kemudian up ke instagram,FB,Twitter. Geng mulut itik mula berasa terancam.
2) Geng Ustaz Tahyul : Asap jerebu ialah asap dari neraka. Kemudian semua Melayu angguk percaya dan share, Re Tweet sebanyak mungkin.

3) Geng Peramal Kiamat : Tanda2 awal kiamat,asap keluar berkepul2 dari perut bumi. (Bukan Lawak,k)

4) Wartawan Wannabe : Setiap masa akan update pasal jerebu, jerebu, dan jerebu.

5) Geng Lawak Hambar : Cuba kaitkan jerebu dengan asap rokok.

6) Geng Meroyan : Tengok jerebu, masuk dalam bilik, salin baju tebal2, snap pic. Caption "sedang bercuti di Kutub Utara"

7) Budak2 Kesihatan : Jerebu semakin teruk. Jaga kesihatan wahai sahabat. Banyakkan minum air dan jangan lupa penutup muka

8 ) Geng Romeo : Cuba manipulasi isu jerebu untuk kelihatan romantik. Setebal2 asap jerebu, tebal lagi cinta abang pada ayang.

9) Geng Takde Masa Depan : Mengharapkan darurat dan sekolah ditutup.

10) Geng Jigsaw Puzzle Pemecah Code Rahsia : -JDT - Jerebu Dah Teruk
 
hahahahha terhibur tak korang? hehehe
Thanks for view my blog.
 
 
Love,
Hazel Erika

Jom kenali Penganut Syiah.

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalammualaikum...

Tadi i ade tengok video mengenai penganut syiah ni...
Istighfar panjang i bace...
Semoga iman kita semua masih terjaga..
Janganlah kita tergolong dalam golongan orang yang dimurkai dan golongan orang-orang yang sesat...Amin.
InsyaAllah....
So dalam pencarian i, i terjumpa 1 artikel and i rase wajib sebagai umat islam untuk i share kan ngan korang...untuk pengetahuan kite semua....ok..

Lets read this..!

Bagaimana mengenal penganut agama Syiah?

 Mula-mula sekali sebelum kita hendak mengenali orang yang menganut fahaman syiah ini, kita perlu mengenali apa itu syiah. Syiah di atas dunia mempunyai tiga kecenderungan yang besar. Mereka terpecah kepada banyak kelompok tetapi majoritinya adalah tiga kelompok besar seperti berikut.

Kelompok pertama dipanggil syiah mufaddholah (puji kelebihan), iaitu yang cenderung memuliakan ahlul bait (kaum keluarga Nabi). Mereka akan banyak bercakap tentang kemuliaan ahli keluarga Nabi; Ali, Fathimah, Hasan, Husain, dan lain-lain tetapi mereka tidak mengkafirkan sahabat Nabi. Mereka mengiktiraf Abu Bakar, Umar, Utsman sebagai khalifah, tetapi bagi mereka Ali tetap lebih mulia dengan tema atau slogan mereka, jawaazu-imaamatil-faadhil-ma’a-wujuudil-afdhal (harus menjadi imam orang yang baik dengan kebersamaan wujudnya orang yang lebih baik). Bererti Abu Bakar, Umar dan Utsman diharuskan menjadi khalifah walaupun (menurut pegangan mereka) Ali lebih baik daripada mereka semua. Mereka terkenal dengan nama Syiah Zaidiyyah, kebanyakannya di Yaman.

Kecenderungan kedua merupakan kelompok syiah majoriti di dunia ini iaitu Syiah Rafidhah. Rafidhah berasal daripada perkataan Ar-Rafdhu (tolak). Mereka digelar sebagai Rafdhu atau Rafidhah kerana mereka tidak mengiktiraf bahkan mengkafirkan dan melaknat sahabat dan isteri Nabi SAW seperti Abu Bakar, Umar, Utsman, Abu Hurairah, Muawiyah ibn Abi Sufyan, Aisyah, keturunan Muawiyah dan keturunan Umar keseluruhannya. Apa sahaja yang datang daripada kesemua sahabat yang mereka laknati tidak boleh diterima dan harus ditolak menurut mereka.

Mereka adalah majoriti yang datang dengan pelbagai nama pada hari ini, antaranya; Imamiyah Itsna Asyariyah (Imam 12), Ja’fariyah (ada di Gombak, Kedah, Perak, juga berakar dalam parti politik tertentu). Ini bahaya dan tidak boleh dianggap remeh kerana mereka mempunyai agenda.

Akidah mereka berbeza dengan akidah Ahlus sunnah. Kalau kita setakat berbeza fahaman parti politik, tetapi perbezaan dengan syiah ini lain. Mereka mengkafirkan sahabat Nabi bertujuan untuk meragukan sumber agama kita. Idea mengumpul Al Quran datangnya dari Umar, dan Abu Bakar mengarah Umar mencari penulis wahyu lalu Umar memilih Zaid ibn Tsabit dan mereka menulis Al Quran. Apabila syiah mengkafirkan sahabat maka Al Quran yang ada pada hari ini dianggap tidak boleh dipakai.

Mereka memiliki akidah taqiyyah (berbohong, berpura-pura). Menurut Imam mereka, tidak ada agama bagi sesiapa yang tidak bertaqiyyah. Mereka dituntut untuk menzahirkan sesuatu yang bersesuaian dengan masyarakat setempat dan menyembunyikan kepercayaan mereka.

Lihatlah sambutan Asyura yang setiap tahun mereka raikan, mereka melaknati Abu Bakar, Umar, dan sahabat Nabi yang lain. Baru-baru ini saya ke Oman bersama sahabat saya, kami memasuki sebuah masjid syiah. Di Oman ada 10-15% penganut agama syiah imam 12. Saya masuk ke dalam masjid mereka dan di situ ada batu-batu karbala iaitu tanah yang dimampatkan menjadi batu dan mereka sujud di atas tanah itu ketika solat kerana menganggap suci tanah tersebut.

Kemudian saya masuk ke dalam lagi dan pergi ke rak buku, saya mengambil satu buku kecil bertajuk Ziarah Asyura (Lawatan Hari Asyura). Saya membuka dan membacanya, di dalamnya terdapat doa-doa laknat ke atas sahabat Nabi beserta tatacara dan kaedah membaca doa-doa tersebut. Adapun tuntutan Nabi SAW ke atas kita pada hari asyura adalah dengan berpuasa, sedangkan mereka pada hari itu mencederakan diri dan mendoakan laknat ke atas sahabat Nabi kerana bagi mereka hari tersebut adalah hari kematian Husain.

Kepercayaan mereka berbeza dengan ahlus sunnah. Imam Mahdi mereka tidak sama dengan Imam Mahdi ahlus sunnah. Imam Mahdi menurut mereka adalah Imam mereka yang terakhir dan menunggu di dalam Gua Sardab. Imam Mahdi kita yang Nabi SAW beritakan ada ciri-cirinya berdasarkan hadis-hadis Nabi SAW, tetapi mereka menolak kesemua hadis-hadis tersebut kerana diriwayatkan oleh para sahabat.
Mereka menolak Sahih Bukhari, Sahih Muslim. Imam Bukhari mati di dalam buangan kerana dituduh oleh puak syiah sebagai Nashibi (pembenci ahli keluarga Nabi). Jadi perkara ini tidak boleh dibuat main, mereka menimbulkan syubhat dalam pemikiran kita. Ini adalah majoriti syiah yang sedang bertebaran di atas muka bumi pada hari ini.

Syiah yang ketiga, dan ini yang paling pelik. Mereka minoriti tetapi bergerak aktif di sebelah Syria, sempadan Jordan. Mereka juga terdapat di Lubnan. Syiah yang berkecenderungan kepada Bathiniyah (simbolik dan tiada amalan). Mereka menganggap ibadah seperti solat, haji, dan lain-lain hanya simbolik semata-mata. Bahkan pelampau mereka beriktikad malaikat Jibril tersalah menyampaikan wahyu kepada Muhammad, sepatutnya wahyu disampaikan kepada Ali bin Abi Thalib.

Akidah begini merupakan akidah yang membatalkan keislaman seseorang. Mereka datang dengan banyak nama, antaranya; syiah Nushairiyah seperti Bashar Al-Asad di Syria – mereka menyembah gambarnya kerana telah mengangkat imam mereka setaraf Tuhan, syiah Duruz, syiah Isma’iliyah di Pakistan, Aghakhaniyah di Afghanistan, Pakistan dan Malaysia (dalam kelompok kecil).
Ini adalah tiga kecenderungan syiah, cuma yang majoritinya adalah kelompok yang kedua.

Cara mengenali mereka
 Syiah boleh dikenali melalui modus operandi atau cara mereka menarik kita.

Langkah Pertama: Mereka memulakan dengan memuji ahlul bait (ahli keluarga Nabi). Mereka akan kerap bercerita tentang kebaikan dan kemuliaan kaum keluarga Nabi; Ali, Fathimah, Hasan, dan lain-lain. Mereka menyeru untuk fokus dan bercakap tentang ahli keluarga Nabi sahaja, mengapa perlu bercakap tentang yang lain, kerana Nabi sangat mencintai kaum keluarganya. Oleh itu menurut mereka, memadai mengambil kebaikan daripada kaum keluarga Nabi.

Mereka membawa dalil-dalil daripada Al-Quran dan hadis akan kelebihan-kelebihan kaum keluarga Nabi. Kita perlu ingat bahawa Ahlus Sunnah wal Jamaah adalah orang yang paling cinta kepada Ahlul Bait. Paling cinta bererti mencintai sesuatu sesuai dengan tahap dan statusnya. Ini adalah ciri wasathiyah (kesederhanaan) yakni tidak berlebihan dan tidak berkurangan.

Kita perlu sayang dan kasih kepada Ahlul Bait. Tetapi kalau pada hari ini ada di kalangan yang mengaku keturunan Nabi tetapi melakukan maksiat, kejahatan dan kesalahan, maka kesalahannya tidak boleh dibiarkan. Kata Nabi SAW,
لو أن فاطمة بنت محمد سرقت لقطعت يدها
Maksudnya: “Kalau Fathimah bintu Muhammad mencuri aku akan potong tangannya.”
Sayang ada hadnya. Adapun syiah menyayangi ahlul bait dengan menganggap mereka bebas dosa, kerana syiah bertujuan hendak pergi ke peringkat kedua iaitu menceritakan kepada kita tentang imam-imam mereka dan seterusnya memaksumkan mereka.

Langkah kedua: Mereka mempopularkan imam-imam mereka; Khomeini. Antara slogan mereka, Saya tidak bercakap tentang akidah Khomeini, saya bercakap tentang revolusi yang dibawanya yang perlu kita contohi, perjuangan Hasan Nasrullah, Hizbullah. Hasan Nasrallah pejuang Islam, penentang Israel.

Mereka bertujuan membangkitkan semangat. Berapa kali syiah menyerang Amerika? Berapa kali mereka berperang dengan Israel sampai hancur. Sedang Amerika mencari Anwar Al Aulaki, menghantar kapal terbang automatik tiada orang, menembak menggunakan satelit, mencari Osama bin Laden sampai jumpa, mencari Saddam Hussein sampai jumpa, mencari Muammar Ghaddhafi sehingga dijumpai, sedangkan Muammar Ghaddafi itu berbillion kekayaannya, membina tempat keselamatannya dengan kekayaannya tetapi Amerika boleh cari juga.

Kenapa negara syiah seperti Iran, Lubnan dengan Amerika tidak berperang lagi sampai ke hari ini? Tiba-tiba menghantar peluru terkena dekat Palestin, tidak sengaja kononnya. Mereka ada agenda mereka, inilah dia taqiyyah Syiah.

Sebab itu ulama apabila membahaskan hadis Nabi yang menceritakan tentang Dajjal di akhir zaman, yang akan menjadi tentera Dajjal adalah 70 ribu orang daripada Asfahan, di Parsi. Ulama terdahulu sudah mengulas kemungkinan besar mereka ini adalah syiah rafidhah Imam 12.

Syiah sering bercerita tentang imam mereka, memuji Khomeini sebagai penulis buku hebat dan pelbagai pujian lagi. Bayangkan orang seperti P. Kalimuthu, kemungkinanlah dia pernah membantu orang kampungnya, kemudian orang memuji-muji P. Kalimuthu seorang yang baik, telah membantu ramai orang miskin. Adakah boleh diterima cerita seperti itu? Tidak boleh kerana orang tahu dia jahat, melakukan banyak pembunuhan, jenayah dan sebagainya. Begitu juga Khomeini, dia menulis dalam bukunya sendiri cercaannya ke atas sahabat Nabi SAW.

Andaikan saya mencerca dan mengkafirkan bapa kepada salah seorang kalian, adakah kalian mahu mendengar ceramah saya? Jadi bagaimana kita boleh memuji memuja dan mengangkat nama-nama orang yang mengkafirkan sahabat Nabi?

Abu Bakar RA adalah sahabat Nabi yang menemani baginda di dalam gua, orang yang dilantik oleh Nabi sebagai imam sewaktu Nabi pergi keluar ke mana-mana, yang Nabi kasih dan Nabi sayang, yang mana ketika semua orang tidak percaya kepada Nabi SAW, beliau menyatakan kepercayaannya kepada Nabi tanpa berbelah bahagi sehingga digelar sebagai As-Shiddiq.

Bagaimana kita boleh mendiamkan diri dengan orang yang mengkafirkan Umar Al Khatthab RA dan mengatakan perselisihan ini kecil. Anak Umar, Abdullah ibn Umar RA merupakan antara yang paling banyak meriwayatkan hadis. Umar yang tegas, pantang orang cuit sedikit sahaja beliau akan mengeluarkan pedang demi Islam. Bahkan Nabi SAW menyebut di dalam hadis bahawa syaitan tidak berani lalu tempat yang dilalui oleh Umar (lihat Sunan Tirmidzi).

Utsman RA yang Nabi memujinya seperti dalam riwayat Imam Ahmad “Tidakkah kamu malu kepada orang yang malaikat pun malu kepadanya?” tiba-tiba kita boleh mendiamkan diri terhadap orang yang mengkafirkan sahabat-sahabat Nabi ini.
Aisyah RA wanita yang paling banyak meriwayatkan hadis, lantas dikafirkan oleh syiah. Apabila beliau dikafirkan bererti semua hadis yang diriwayatkannya tidak boleh diguna pakai.
Abu Hurairah sahabat Nabi yang paling banyak menghafal hadis pun turut dikafirkan, maka hadis Abu Hurairah tidak boleh diterima.

Jadi apa tinggal dengan agama kita? Mereka meragukan sumber agama kita, begitulah cara mereka merosakkan Islam. Mereka mengambil kitab mereka dan memuliakan imam mereka. Oleh itu berhati-hatilah dengan orang yang mengangkat nama Khomeini, mengangkat negara Iran.

Menyebarkan syiah melalui perkahwinan
Orang Iran cantik-cantik parasnya. Antara modus operandi mereka juga adalah melalui wanita dan lelaki Iran, seks dan perkahwinan. Mereka hantar lelaki-lelaki Iran belajar di negara kita, hidung mancung bak seludang, janggut elok, rambut cantik, setakat Sami Yusuf dan Maher Zain tidak ada apa. Siapa tidak bangga kalau dapat menantu paling handsome di kampung. Tetapi padahal mereka membawa ideologi syiah.

Di sebelah Afrika mereka menghantar perempuan-perempuan Parsi. Perempuan Parsi ini cantik, Allah berikan keindahan dan kecantikan kepada mereka sebagaimana kata Umar ketika Umar menghantar seorang lelaki di zamannya ke sana, di mana lelaki tersebut sangat kacak sampai semua orang lelaki dan perempuan terpegun melihatnya. Kemudian Umar menyuruhnya mencukur rambutnya, apabila dicukur semua rambutnya bertambah kacak, kemudian Umar menyuruhnya berhijrah ke negeri di belakang 2 sungai (Tigris dan Furat) iaitu Parsi kerana orang Parsi semuanya cantik-cantik belaka.

Itu sedikit sebanya cara mereka menyebarkan syiah. Yang paling jelas adalah mereka banyak mempopularkan ilmuan-ilmuan mereka seperti Khomeini, Hasan Nasrallah, dan sikit-sikit akan merujuk kepada Iran, mengangkat Iran sebagai negara Islam. Sedangkan negara Islam diiktiraf berdasarkan nama atau akidah?

Hal ini bukan hal yang kecil, hal ini serius. Dulu ada usaha tokoh-tokoh Ikhwanul Muslimin, antaranya nama-nama seperti Mustafa as-Siba’i, beliau antara tokoh terawal yang hendak taqrib (mendekatkan) Ahlus sunnah dengan Syiah. Beliau pergi duduk di Lubnan untuk beberapa tempoh, akhirnya mengaku usaha taqrib ini tidak boleh diteruskan kerana sumber agama syiah dan ahlus sunnah berlainan.

Syiah memiliki kitab hadis mereka sendiri, ahlus sunnah ada hadis kita sendiri. Syiah mengkafirkan sahabat 
Nabi, sedangkan kita membawa hadis dari para sahabat yang mereka kafirkan. Al Quran mereka mengandungi 17 ribu ayat, Al-Quran kita didakwa tidak cukup, ada surah-surah tertinggal. Hal ini disebut dalam kitab-kitab hadis mereka; Usulul Kaafi al-Kulaini. Al-Quran kita mengandungi 6236 ayat sedangkan Al-Quran mereka 17,000 ayat bererti Al Quran kita baru suku daripada Al Quran mereka.

Syiah Agama Politik
Pada hari ini mereka turut datang dengan nama Ja’fari dan masuk ke dalam politik tanah air. Kita perlu ingat bahawa syiah adalah agama politik. Sebab itu salah satu rukun Islam mereka adalah Al-Wilayah (kenegaraan). Setelah mendapat negara maka barulah sah rukun Islam wilayah mereka.

Maka sebab itu mereka seringkali memberontak dan cuba menjatuhkan pemerintah Islam yang sah, kerana mereka ada agenda untuk menguasai negara. Saya tidak kira mereka berada dalam parti mana. UMNO jangan sekali-kali bagi ruang syiah masuk ke dalam parti. Bagi ahlus sunnah sahaja masuk. Itu sedikit berkaitan syiah.
Wallahu-A’lam.

Teks disediakan berdasarkan rakaman kuliah berikut :
http://www.youtube.com/watch?v=cHtKnU7iicY

sumber http://ustazfathulbari.wordpress.com


Hope dapat bagi manfaat untuk semua...
InsyaAllah...




Love,
Hazel Erika

 



Monday, June 24, 2013

Ya Allah,Kurniakanlah Kepada ku Zuriat......

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalammualaikum....

Dah 8bulan i berumah tangga..tapi masih belum ada rezeki lagi...
And segalanya i dan azrin berserah je pada yang Maha Esa...
Sebab dia Maha Pencipta lagi Maha Pemberi Rezeki..
Dan Dia juga Maha Mengetahui kenapa Dia tak kurniakan rezeki untuk hambaNya sekarang...

Mungkin belum sampai masanya..InsyaAllah 1 hari ni...
Yang penting i mesti sentiasa berdoa dan percaya kepada Allah..
Al Baarii'...
Sebaik-baik perancangan adalah daripada Allah SWT...
Dia sentiasa melakukan, meberikan yang terbaik untuk hambaNya...
Syukur Alhamdulillah...
Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...

Ada beberapa doa yang boleh kita dan i sendiri gunakan untuk mendapatkan zuriat....
Lets check it out....


1. Doa Nabi Ibrahim a.s (Surah Shaffat: Ayat 100)

37:100
Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh!
 

2. Doa Nabi Zakaria a.s Surah Ali Imran: Ayat 38)


3:38
Ketika itu Nabi Zakariya berdo’a kepada TuhanNya, katanya: “Wahai Tuhanku Kurnialah kepadaku dari sisiMu keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) do’a permohonan.”

 

3. Doa Anak Tetap Mengerjakan Sembahyang: (Surah Ibrahim: Ayat 40-41)


14:40 
 14:41
 Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku. 

Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan.

4. Doa Mohon Anak Taat Kepada Allah, Surah Al-Baqarah (ayat 128).





Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: Orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu dan jadikanlah daripada keturunan kami: Umat Islam (yang berserah diri) kepadamu dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami dan terimalah taubat kami, sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani

 

5. Doa diberi zuriat menyejukkan mata memandang, Surah Al-Furqan (ayat 74).

 
Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa. Al Furqan 25 ayat 74

 

6. Doa anak pandai belajar, surah Al-Anbiya (ayat 79).

 
Maka Kami beri Nabi Sulaiman memahami hukum yang lebih tepat bagi masalah itu; dan masing-masing (dari mereka berdua) Kami berikan hikmat kebijaksanaan dan ilmu (yang banyak); dan Kami mudahkan gunung-ganang dan unggas memuji Kami bersama-sama dengan Nabi Daud; dan adalah Kami berkuasa melakukan semuanya itu. Al anbiya 21 : 79

 

7. Doa anak lembut hati, surah Al-Hasyar (ayat 22-24).

 
Dia lah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Mengetahui perkara yang ghaib dan yang nyata; Dia lah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. ayat 22



 

Dia lah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Menguasai (sekalian alam); Yang Maha Suci; Yang Maha Selamat Sejahtera (dari segala kekurangan); Yang Maha Melimpahkan Keamanan; Yang Maha Pengawal serta Pengawas; Yang Maha Kuasa; Yang Maha Kuat (menundukkan segala-galanya); Yang Melengkapi segala KebesaranNya. Maha Suci Allah dari segala yang mereka sekutukan denganNya.


Dia lah Allah, Yang Menciptakan sekalian makhluk; Yang Mengadakan (dari tiada kepada ada); Yang Membentuk rupa (makhluk-makhlukNya menurut yang dikehendakiNya); bagiNyalah nama-nama yang sebaik-baiknya dan semulia-mulianya; bertasbih kepadaNya segala yang ada di langit dan di bumi; dan Dia lah Yang tiada bandingNya, lagi Maha Bijaksana. ayat 24





8. Doa anak rajin sekolah, surah Taha (ayat 1-5).

Taha


Kami tidak menurunkan Al-Quran kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan


Hanya untuk menjadi peringatan bagi orang-orang yang takut melanggar perintah Allah.


(Al-Quran) diturunkan dari (Tuhan) yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi.

Iaitu (Allah) Ar-Rahman, yang bersemayam di atas Arasy.




ok laa..hope bermanfaat untuk kita semua...InsyaAllah.
Segalanya, kita berserah kepada Allah Yang Maha Kuasa.
Thank u guys view my blog..


Love,
Hazel Erika 

Jerebu Makin Teruk???

Assalammualaikum....

Fuhhh sesak napas den musim-musim jerebu ni....
Sakit-sakit dada and pedih-pedih mata...
Tak pe, ni semua ujian dari Allah SWT...

Kita sebagai hamba kena Redha...
Malah harus bersyukur, sebab Allah masih ingat kan kita,
sebab tu Dia turunkan ujian untuk kita...
Jadi, kita harus sabar dan banyak-banyakkan berdoa, supaya Malaysia takde lagi jerebu...

So ape yang i dah check index bacaan ipu jerebu pada pukul 7am tadi,
keadaan kat selangor getting worst!
Especially Pelabuhan Klang..Dah mencecah ke angka 487!!! 
Fuhhh!! Sangat berbahaya!!!

So untuk keterangan lanjut i serta kan bacaan Index Pencemaran Udara(IPU) / Air Pollutant Index(API) yang direkodkan dari Jabatan Alam Sekitar (JAS).

LAPORAN BACAAN IPU SEHINGGA JAM 7.00 PAGI:
PETUNJUK:
API Status Areas %
0-50 Baik / Good 2 6
51-100 Sederhana / Moderate 25 48
101-200 Tidak Sihat / Unhealthy 19 36
201-300 Sangat Tidak Sihat / Very Unhealthy 5 9
>301 Berbahaya / Hazardous 1 1
Negeri Lokasi 7 AM 11 AM 5 PM
Johor Kota Tinggi  62*

Johor Larkin Lama  82*

Johor Muar  165*

Johor Pasir Gudang  68*

Kedah Alor Setar  61*

Kedah Bakar Arang, Sg. Petani  87*

Kedah Langkawi  51*

Kelantan SMK Tanjung Chat, Kota Bharu  95*

Kelantan Tanah Merah  83*

Melaka Bandaraya Melaka  135*

Melaka Bukit Rambai  160*

Negeri Sembilan Nilai  177*

Negeri Sembilan Port Dickson  171*

Negeri Sembilan Seremban  165*

Pahang Balok Baru, Kuantan  92*

Pahang Indera Mahkota, Kuantan  87*

Pahang Jerantut  137*

Perak Jalan Tasek, Ipoh  139*

Perak Kg. Air Putih, Taiping  142*

Perak S K Jalan Pegoh, Ipoh  182*

Perak Seri Manjung  288*

Perak Tanjung Malim  175*

Perlis Kangar  56*

Pulau Pinang Perai  118*

Pulau Pinang Seberang Jaya 2, Perai  132*

Pulau Pinang USM  121*

Sabah Keningau  53*

Sabah Kota Kinabalu  70*

Sabah Sandakan  50*

Sabah Tawau  42*

Sarawak Bintulu  68*

Sarawak ILP Miri  78*

Sarawak Kapit  78*

Sarawak Kuching  80*

Sarawak Limbang  56*

Sarawak Miri  80*

Sarawak Samarahan  77*

Sarawak Sarikei  81*

Sarawak Sibu  92*

Sarawak Sri Aman  81*

Selangor Banting  292*

Selangor Kuala Selangor  242*

Selangor Pelabuhan Kelang  487*

Selangor Petaling Jaya  213*

Selangor Shah Alam  289*

Terengganu Kemaman  125*

Terengganu Kuala Terengganu  101*

Terengganu Paka  95*

Wilayah Persekutuan Batu Muda,Kuala Lumpur  198*

Wilayah Persekutuan Cheras,Kuala Lumpur  186*

Wilayah Persekutuan Labuan  72*

Wilayah Persekutuan Putrajaya  195*

Nota / Note:
* =  Habuk Halus (PM10)
a =  Sulfur Dioksida (SO2)
b =  Nitrogen Dioksida (NO2)
c =  Ozon (O3)
d =  Karbon Monoksida (CO)
& =  Lebih daripada satu pencemar
Pengiraan IPU:
  • Nilai IPU dikira berdasarkan kepekatan purata setiap pencemar udara iaitu SO2, NO2, CO, O3 dan PM10. Pencemar udara yang dominan dengan kepekatan tertinggi diambilkira sebagai pencemar yang akan menentukan nilai IPU. Pada lazimnya, kepekatan habuk halus (PM10) adalah yang tertinggi berbanding dengan pencemar yang lain dan ini menentukan bacaan IPU.
Pembentukan ozon di permukaan bumi (O3):
  • Menjelang lewat tengahari atau pada awal petang, lazimnya kepekatan ozon adalah tinggi dan mendominasi bacaan IPU di sesetengah kawasan. Di bawah pengaruh cahaya matahari, oksid-oksid nitrogen dan sebatian organik meruap yang dilepaskan dari ekzos kenderaan bermotor dan industri bertindakbalas bagi membentuk ozon di permukaan bumi.
Sumber: Jabatan Alam Sekitar (JAS)

Hai! Hai! Hai!!! :)

Bismillahirrahmanirrahim...

Fuhhh, rasenye macam dah lame sangat tak update dairi ni..
Semenjak i joint legal firm ni, fuhhh busy nye mengalahkan PM...;p
Paperwork belambak gile...
Meja tak yah cakap laa...abis berselerakkan...
Bersepah dengan fail2 case...

Kadang-kadang bila balik umah je mengadu kat hubby(azrin), keja sekarang ni tak sejiwa dengan i.. hahaha

Lagi-lagi sekarang ni kitorg dah moved to Klang..sebab azrin dapat better offer kat sana,.
So.....
Hari-hari nak kena mengadap jalan dari Klang to Pj...
Before 7am dah kena keluar dari umah untuk elak jammed..

Tekanan tu memang agak terasa jugak laa...

Tapi awal-awal lagi i dah bagi tau dekat En.suami,. Kalau i pregnant, i tak nak keja jauh-jauh...hehehe
Jawapan En.suami????
Opkos laa dia setuju...hahahahha

Actually, rase macam sekarang je nak bagi resign letter..huhuhu

Niat hati nak jadi fully housewife je,..
Tapi bila fikir-fikir balik, sure bosan kalau duduk umah sorang..huhuhu
So, sementara nak dapatkan keja area Shah Alam or Klang sana, better i keja je dulu kat sini..
Dapat juga tolong-tolong azrin ciket kan...

Lagi pon dalam urusan umah tangga ni, kita tak boleh nak jangka..
Kadang-kadang tu ade je benda yang ter-short!! heheh
So, every time have to beware...kena bersiap sedia...
Ujian dari Allah datang bila-bila masa saja untuk menduga kita...

ok friends, nk continue working...;D
nnt kita sambung k...huhuu

Thanks sebab sudi baca rintihan hati i...hehehe ;p



Love,
Hazel Erika