Wednesday, June 12, 2013

Fadhilat al-Fatihah


Bismillahirrahmanirrahim
Assalammualaikum.

Alhamdulillah, macam yang i dah janjikan dalam blog sebelum ni which i will share with u all about the virtues(fadhilat) of al-Fatihah.. :)

Baiklah, seelok-eloknya kita kena tau dari Tafsir Ibnu Kathir, apakah kelebihan al-Fatihah, apakah fadhilat al-Fatihah, apa gunanya al-Fatihah. 

(1)  Fadhilatnya yang pertama, ade seorang hamba Allah namanya Abi Sa'id ibni Ma'alla r.a, katanya, suatu masa aku duduk sembahyang, dan baginda Rasulullah SAW panggil aku, dan bersabda yang bermaksud:

 "Mari sini wahai Sa'id. Aku nak ajar kamu satu surah yang terbaik dalam seluruh al-Quran."

 Surah apa? Alhamdulillahi rabbil 'alamin. Al-Fatihah. Maknanya, satu daripada surah yang terbaik dalam seluruh al-Quran. Rasulullah SAW bersaba yang bermaksud:

  "Sesungguhnya Fatihah ini sebuah Quran yang aku dapat."

(2)  Fadhilat yang kedua, mengikut Tafsir Ibnu Kathir, (sebuah hadith) dari Ubay bin Ka'ab r.a, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
  "Tidak ada dalam Taurat, tidak ada dalam Injil, seperti Ummul Kitab."

dan Fatihah ni dibahagi dua di antara hamba Allah dan Allah. Tiap-Tiap Kita baca satu, Tuhan jawab satu. I akan terangkan macam mana - kita baca apa, Allah jawab apa.
Dalam sebuah Hadis Qudsi, Rasulullah SAW bersabda, Firman Allah SWT yang bermaksud:

   Fatihah itu, bahagi dengan Saya, dengan hamba-Ku, dua. Kalau hamba-Ku kata:

Bismillahir rahmaanir rahiim, dengan khusyuk; Allah jawab: Hamba-Ku sudah memuji Aku.
Alhamdulillahi rabbil 'aalamin. Allah jawab: hamba-Ku puji Aku lagi.  
Arrahmaanir rahiim. Allah jawab: Lagi puji Aku. 

Suka hati sangat Tuhan, pasal kita duk puji Dia. Lepas tu kita kata:

Maalikiyaumid deen. Allah jawab: Hamba-Ku sudah mengaku ada kiamat.
Iyyaakana'budu wa iyyaaka nasta'iin. Allah jawab: Hamba-Ku sudah mengaku dia akan sembah-Ku dan dia akan minta tolong hanya dengan-Ku.
Ihdinas siraatal mustaqiim. Allah jawab: Hamba-Ku minta jalan yang baik, Aku mesti bagi kepadanya. Mesti Aku terima apa yang hamba-Ku minta. 

Haaa tu la maksudnya..Faham x kawan2...? heehee ok lets continue....

(3)  Fadhilat yang ke3, ada masa...kadang2 kita kena pandailah juga guna Quran. Quran ada di rumah kita, Quran ada dalam hati kita, dan kadang2 kita boleh gunakan sebagai emergency, kerana ubat rohani tu mustahak. (Its proven already). Kadang2 ubat fizikal tanpa ubat rohani tak jadi. Kerana yang mencipta penyakit ialah Allah, dan yang mencipta ubat juga Allah. doktor ialah wasilah. Betul doktor memang pandai. Tapi kalau Allah tak izin, tak berubat juga. So kita kena combine keduanya. :)

 Maknanya, kalau kita sakit, kalau kita rasa nk muntah time dalam kapal terbang or kereta, bacalah jampi sikit dengan Ummul Kitab. Untuk emergency sebelum kita jumpa doktor ke...
Sebab Rasulullah kata as-Syaafiyah- penawar. Fatihah itu sebuah Quran dan penawar.

(4) fadhilat seterusnya, satu hari Jibril duduk dengan Rasulullah dan tiba2 terdengar bunyi di siling tempat mereka duduk dan banyak pintu terbuka di siling, lalu malaikat turun dan berkata:

  "Tahniah ya Muhammad, ada dua cahaya yang Nabi lain sebelummu tak dapat, iaitu Fatihatul-kitab dan Khawatim al-Baqarah."

Khawatim al-Baqarah ialah ayat2 di akhir surah al-Baqarah yang kita buat wirid harian, iaitu ayat Kursiy, Aamanar rasulu bima....dan seterusnya.

Maknanya malaikat kata pada Rasulullah ketika jibril duduk bersamanya:
"Tahniah ya Muhammad, tak ada dalam taurat, tak ada dalam bible, tak ada dalam zabur, hanya istimewa buat kamu, iaitu Fatihah dan Khawatim al-Baqarah."

(5) Akhir sekali, Rasulullah bersabda yang bermaksud:

  "Barangsiapa solat tak baca Ummul Kitab (al-Fatihah), solat tak sah, tidak diterima oleh Allah SWT."

Inilah Fadhilat2 al-Fatihah, yang kita kena tau, yang kita wajib, mesti baca masa sembahyang, yang boleh digunakan untuk jampi dan bolehlah digunakan untuk segala-galanya. InsyaAllah...
Fuhhh..panjang lebar entry kali ni..hehee
Ape pon, harapan i kita semua sama2 dapat berkongsi sesuatu yang bermanfaat buat diri kita..

Thanks guys for view my blog...
Assalammualaikum.




Love,
Hazel Erika


 

Al-Fatihah...


Bismillahirrohmanirrohim...
Hari ni i saje nak buat artikel mengenai Surah Al-Fatihah..
Memang hampir semua umat islam tau tentang Surah Al-Fatihah ni..
Tapi mungkin juga ade yang tak mengamalkannye..
Dan boleh jadi juga ade yang dah melupainye...
Wallahhu a'lam....

Harap2 nye tak de laa sampai ada yang terlupakan??:)
Ok jom start!

Al-Fatihah dalam al-Quran tempatnya di depan sekali. Seluruh al-Quran, seluruh duni, tertibnya mesti yang duduk di depan sekali.
Padahal bukan Al-Fatihah yang diturunkan dulu. Yang diturunkan dulu ialah Iqra', Ya aiyuhal muzzammil, Ya aiyuhal muddasthir.  
Tapi penahkah kite berfikir mengapa Fatihah ditempatkan di depan sekali?

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
" Sesungguhnya Fatihah ini sebuah Quran yang aku dapat."

Seluruh Quran berada di dalamnya. Pernah Rasulullah SAW katakan pada isteri-isterinya sebelum tidur, "Wahai Aisyah, wahai Hafsah, sudahkah khatam Quran sebelum tidur?"
Mereka terkejut, lalu bertanya, "Bagaimana hendak khatam Quran sebelum tidur, ya Rasulullah? Quran itu panjang, 114 surah, 30 juzuk, 6,666 ayat. Macam mana nak khatam?"

Rasulullah senyum (bersabda), "Kalau baca al-Fatihah sekali, sama banyak dengan khatam al-Quran."

Masya Allah! Sebab ape?? Sebab seluruh Quran berada dalam Al-Fatihah.

Lima perkara dalam Quran.
Kalau orang tanya kite, dalam Quran ada ape? Jawabnya, ada lima perkara.
  1. Tauhid dan ibadah
  2. Kiamat. (Kita mari ke dunia ni semua tunggu ape? Tunggu kiamat.)
  3. Balasan. (Di hari kiamat ada balasan - berita baik dan berita buruk.)
  4. Akhlak. (Sebagai isteri, sebagai suami, sebagai anak, sebagai jiran, macam mana akhlak kite sepatutnya.)
  5. Sejarah. (Sejarah orang dahulu. Siapa Nabi Muhammad, siapa Nabi Ibrahim, siapa Nabi Musa, siapa Nabi Isa.)
Dan kebetulan kelima-lima perkara ni ada dalam al-Fatihah.

Kita kena tau, tafsir tu lain dan makna tu lain. Ramai orang fikir tahu makna surah ertinya tau tafsirnya. Tapi sebenarnya, makna lain, tafsir lain.
Kalau kita tau makna je tak cukup. Kita mesti kena pandai tafsir juga...

Ok kawan..hope kita sama2 dapat pengajaran di sini. Sesuatu yang baik harus dikongsi bersama. Even though ada yang dah tau, tapi kita kena sentiasa saling mengingati..

Insya Allah next blog i akan share ngan u all tentang Fadhilat al-Fatihah pula.

Ok lah.. Thanks for view my blog

Assalammualaikum..





Love,
Hazel Erika

Monday, June 10, 2013

Teduhan Kasih


Assalammualaikum...

Sekarang ni, semua orang dok kecoh pasal drama Teduhan Kasih..,
Drama bersiri 28 episod, ditayangkan di Slot Akasia TV3,  setiap isnin hingga khamis.
I on je Facebook, member2 semua dok update status pasal citer ni...
Even my mom also layan drama ni ok...hehehe

Malam tadi dia call i, bersembang panjang lebar...
Last2 dia tanya...
mama :"Eka tengok tak citer Teduhan Kasih?"
me       : "tak tengok pon..naper? Best ke citer tu?"
mama : "best laa..eka tengok laa.."
me       : "Eka tak de masa laa mama nak tengok..banyak keja nak buat..hehe"

Sejujurnye i cume tengok 1st episod je...
Lepas2 tu dah tak tengok dah..sebok dengan kerja...
Balik umah je nak kena settlekan makan minum suami, then have to prepare for maghrib..
Masa adelah sangat terhad untuk i...hehehe

Tapi yang 1st episod i tengok tu je dah best..
Today dah masuk episod yang ke 16...
lagi laa bertambah2 best kan...malangnye i tak sempat nak tengok citer ni... 
Barisan pelakonnya pon yang terbaik juga lah bagi i...
Antaranya Nabila Huda, Adi Putra, Shah Iskandar, Serry Ibrahim, Talha Harith dan ramai lagi lah pelakon yang best2...

Citer ni di adaptasikan daripada sebuah novel karya Marissa..
So untuk u all yang senasib macam i boleh laa dapatkan novel ni...


Cover page je dah nampak menarikkan? So, dapatkanlah di kedai2 buku berhampiran anda...hhehehee

Ok la guys, ni saje la untuk kali ni...
Thanks for view my blog..





Love,
Hazel Erika



Ini je ke yang Termampu???

Oleh kerana I pon sebok nak ber blogging jugak, seharian dok adjust macam-macam..
Kononnya nak bagi nampak cantik laa...
In the end, malas nak fikir banyak ini laa hasilnya...
Cantik sangat kan....haahhaha

Well, I memang jenis manusia yang simple...
So I fikir, biar laa blog I ni pon simple2 je...
Other than that I tak payah nak pening2 kepala kan?hehee
Lagi pon blog ni untuk I mengisi masa lapang je... ;p

Tapi kan, kalau u all ada idea nak bagi kat I, untuk mencantikkan lagi blog ni, boleh je...
Besar tapak tangan, nyiru I tadahkan...hehehhe 

Sememangnya I perlukan sokongan dari kawan2 untuk terus maju kan?
Tanpa kawan2, siapalah I ni kan...

So friends, i need your support k!

Ok guys, thanks for view my blog...




Love,
Hazel Erika

Sunday, June 9, 2013

Suatu Permulaan (Orang Baru)

  





Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani..

InsyaAllah, I harap ni satu permulaan baru yang bermakna buat diri I sendiri..
Well, saja2 je nak menceburkan diri dalam dunia blogging ni...
Asyik baca blog orang je, apa salahnya kalau I cuba tonjolkan bakat terpendam ni kan..hehehhe

Since hobi I memang suka menulis, so apa laa salahnya if I tukar hobi menulis tu kepada hobi menaip..hehehe

Untuk pemulaan ni tak ape yang menarik pon dapat I kongsikan..
Cuma berharap dengan adanya blog ni I dapat menggantikannya menjadi diari I...
At least dapat menghilangan kebosanan, bertukar-tukar pendapat / pandangan dengan u all kan....

InsyaAllah..Hope I dapat share something yang berguna untuk semua..InsyaAllah...

Ok guys...nice to be here for you guys...my new friends... :)


Love,
Hazel Erika.