Wednesday, June 12, 2013

Fadhilat al-Fatihah


Bismillahirrahmanirrahim
Assalammualaikum.

Alhamdulillah, macam yang i dah janjikan dalam blog sebelum ni which i will share with u all about the virtues(fadhilat) of al-Fatihah.. :)

Baiklah, seelok-eloknya kita kena tau dari Tafsir Ibnu Kathir, apakah kelebihan al-Fatihah, apakah fadhilat al-Fatihah, apa gunanya al-Fatihah. 

(1)  Fadhilatnya yang pertama, ade seorang hamba Allah namanya Abi Sa'id ibni Ma'alla r.a, katanya, suatu masa aku duduk sembahyang, dan baginda Rasulullah SAW panggil aku, dan bersabda yang bermaksud:

 "Mari sini wahai Sa'id. Aku nak ajar kamu satu surah yang terbaik dalam seluruh al-Quran."

 Surah apa? Alhamdulillahi rabbil 'alamin. Al-Fatihah. Maknanya, satu daripada surah yang terbaik dalam seluruh al-Quran. Rasulullah SAW bersaba yang bermaksud:

  "Sesungguhnya Fatihah ini sebuah Quran yang aku dapat."

(2)  Fadhilat yang kedua, mengikut Tafsir Ibnu Kathir, (sebuah hadith) dari Ubay bin Ka'ab r.a, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
  "Tidak ada dalam Taurat, tidak ada dalam Injil, seperti Ummul Kitab."

dan Fatihah ni dibahagi dua di antara hamba Allah dan Allah. Tiap-Tiap Kita baca satu, Tuhan jawab satu. I akan terangkan macam mana - kita baca apa, Allah jawab apa.
Dalam sebuah Hadis Qudsi, Rasulullah SAW bersabda, Firman Allah SWT yang bermaksud:

   Fatihah itu, bahagi dengan Saya, dengan hamba-Ku, dua. Kalau hamba-Ku kata:

Bismillahir rahmaanir rahiim, dengan khusyuk; Allah jawab: Hamba-Ku sudah memuji Aku.
Alhamdulillahi rabbil 'aalamin. Allah jawab: hamba-Ku puji Aku lagi.  
Arrahmaanir rahiim. Allah jawab: Lagi puji Aku. 

Suka hati sangat Tuhan, pasal kita duk puji Dia. Lepas tu kita kata:

Maalikiyaumid deen. Allah jawab: Hamba-Ku sudah mengaku ada kiamat.
Iyyaakana'budu wa iyyaaka nasta'iin. Allah jawab: Hamba-Ku sudah mengaku dia akan sembah-Ku dan dia akan minta tolong hanya dengan-Ku.
Ihdinas siraatal mustaqiim. Allah jawab: Hamba-Ku minta jalan yang baik, Aku mesti bagi kepadanya. Mesti Aku terima apa yang hamba-Ku minta. 

Haaa tu la maksudnya..Faham x kawan2...? heehee ok lets continue....

(3)  Fadhilat yang ke3, ada masa...kadang2 kita kena pandailah juga guna Quran. Quran ada di rumah kita, Quran ada dalam hati kita, dan kadang2 kita boleh gunakan sebagai emergency, kerana ubat rohani tu mustahak. (Its proven already). Kadang2 ubat fizikal tanpa ubat rohani tak jadi. Kerana yang mencipta penyakit ialah Allah, dan yang mencipta ubat juga Allah. doktor ialah wasilah. Betul doktor memang pandai. Tapi kalau Allah tak izin, tak berubat juga. So kita kena combine keduanya. :)

 Maknanya, kalau kita sakit, kalau kita rasa nk muntah time dalam kapal terbang or kereta, bacalah jampi sikit dengan Ummul Kitab. Untuk emergency sebelum kita jumpa doktor ke...
Sebab Rasulullah kata as-Syaafiyah- penawar. Fatihah itu sebuah Quran dan penawar.

(4) fadhilat seterusnya, satu hari Jibril duduk dengan Rasulullah dan tiba2 terdengar bunyi di siling tempat mereka duduk dan banyak pintu terbuka di siling, lalu malaikat turun dan berkata:

  "Tahniah ya Muhammad, ada dua cahaya yang Nabi lain sebelummu tak dapat, iaitu Fatihatul-kitab dan Khawatim al-Baqarah."

Khawatim al-Baqarah ialah ayat2 di akhir surah al-Baqarah yang kita buat wirid harian, iaitu ayat Kursiy, Aamanar rasulu bima....dan seterusnya.

Maknanya malaikat kata pada Rasulullah ketika jibril duduk bersamanya:
"Tahniah ya Muhammad, tak ada dalam taurat, tak ada dalam bible, tak ada dalam zabur, hanya istimewa buat kamu, iaitu Fatihah dan Khawatim al-Baqarah."

(5) Akhir sekali, Rasulullah bersabda yang bermaksud:

  "Barangsiapa solat tak baca Ummul Kitab (al-Fatihah), solat tak sah, tidak diterima oleh Allah SWT."

Inilah Fadhilat2 al-Fatihah, yang kita kena tau, yang kita wajib, mesti baca masa sembahyang, yang boleh digunakan untuk jampi dan bolehlah digunakan untuk segala-galanya. InsyaAllah...
Fuhhh..panjang lebar entry kali ni..hehee
Ape pon, harapan i kita semua sama2 dapat berkongsi sesuatu yang bermanfaat buat diri kita..

Thanks guys for view my blog...
Assalammualaikum.




Love,
Hazel Erika


 

No comments: